MELAKA: Mahkamah Pilihan Raya Melaka hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap dua saksi termasuk Pengerusi Tetap Pemuda Bersatu, Akmal Zahin Zainal Zahir kerana gagal hadir pada perbicaraan petisyen pilihan raya kerusi Parlimen Masjid Tanah.
Selain Akmal Zahin, Hakim Datuk Abu Bakar Katar turut mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas setiausaha sulit Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Noor Hashimah Noordin kerana gagal hadir sebagai saksi.
Petisyen itu dikemukakan oleh calon Barisan Nasional (BN), Abdul Hakim Abdul Wahid, dalam usaha membatalkan kemenangan Mas Ermieyati, yang juga Ketua Bersatu Masjid Tanah, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akmal Zahin diiarahkan untuk hadir ke mahkamah bagi memberi keterangan berkenaan dakwaan beliau memberi sogokan kepada pengundi semasa PRU15 di kerusi Parlimen Masjid Tanah.
Mas Ermieyati, yang bertanding di bawah tiket PN-Bersatu memenangi kerusi itu dengan majoriti 4,411 undi, dalam pertembungan empat penjuru menentang Abdul Hakim, Mutalib Uthman (MUDA) dan Handrawirawan Abu Bakar (GTA-Pejuang).
Peguam Mohd Faizi Che Abu, yang mewakili Mas Ermieyati, yang dinamakan sebagai responden dalam petisyen itu ketika dihubungi mengesahkan tindakan waran tangkap itu dikeluarkan.
"Mereka berdua adalah dalam senarai saksi kepada pempetisyen sendiri. Jadi mereka tidak memberi kerjasama kepada pempetisyen. Pempetisyen telah sapina dua saksi ini.
"Oleh itu pempetisyen sendiri yang memohon waran tangkap terhadap saksi sapina mereka," katanya ketika dihubungi Bernama.
Semasa perbicaraan, video Akmal Zahin memberikan sampul yang dipercayai mengandungi wang kepada pengundi dalam Parlimen Masjid Tanah telah dikemukakan ke mahkamah.
Mahkamah Pilihan Raya menetapkan Isnin ini untuk kedua-dua saksi tersebut menghadiri prosiding itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2023
Selain Akmal Zahin, Hakim Datuk Abu Bakar Katar turut mengeluarkan waran tangkap terhadap Noor Hashimah Noordin kerana gagal hadir sebagai saksi. -Gambar hiasan
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
AWANI Ringkas: PM hadiri Persidangan Nikkei
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kimberly tinggalkan skuad terjun pada usia 22 tahun
Ia jelas menimbulkan banyak pertanyaan tentang punca sebenar mengumumkan keputusan itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Farhan Hakimi
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel
Video tular memasak di stesen minyak: Empat individu mengaku salah
Penumpang SIA meninggal dunia selepas pesawat alami gelora udara
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel
Video tular memasak di stesen minyak: Empat individu mengaku salah
Penumpang SIA meninggal dunia selepas pesawat alami gelora udara
WHO gesa Israel tarik balik sekatan bantuan ke Gaza
Saluran utama untuk bantuan perubatan ke enklaf dari Mesir telah terputus.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Dua tangkapan dibebas tanpa syarat
Tangkapan yang dibebaskan ialah seorang lelaki dan seorang wanita yang merupakan pelajar IPT yang ditangkap pada hari kejadian.
Pelbagai sektor sumbang pertumbuhan ekonomi Kuala Lumpur muncul bandar raya terhebat
Bidang penting lain antaranya pembuatan, teknologi dan perkhidmatan turut berperanan sebagai penyumbang pertumbuhan ekonomi di Kuala Lumpur.
PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza
Ramai penduduk Palestin yang terdesak memerlukan bantuan memintas trak dan menyebabkan penghantaran terhenti secara berterusan.
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mahkamah Pilihan Raya Melaka mengekalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Parlimen Masjid Tanah.
Keputusan sama ada Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah diketahui hari ini
Ia susulan petisyen difailkan calon BN Abdul Hakim Abdul Wahid untuk mencabar kemenangan calon PN itu.
Mahkamah Pilihan Raya Melaka keluar waran tangkap terhadap pengerusi tetap Pemuda Bersatu
Hakim turut mengeluarkan waran tangkap terhadap Noor Hashimah Noordin kerana gagal hadir sebagai saksi.